August 29, 2008

Petunjuk Al-Quran........




Abu Umamah r.a. berkata :

"Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :

"Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an :"

Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu :

"Adakah kamu Al-Qur'an?"

Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayahnya dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :

"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

August 27, 2008

PeSaNAn UnTUk sEmUa


1. KETIKA MENCARI CALON Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing

100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.


16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K 1 Ketaqwaan 2 Kasih sayang 3 Kesetiaan 4 Komunikasi dialogis 5 Keterbukaan 6 Kejujuran 7 Kesabaran

August 26, 2008

Permatang Pauh penentu????


PERMATANG PAUH.......
26 SeptEmbER....tARIKH pILihAN rAYA kECIL PERMatang Pauh(P 44) dari pukul 8 PaGI-5.00 PeTang....PiLihan RayA Ini menyaksikan calon-calon daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Dato Seri Anwar Ibrahim ,dATO Ariff Shah yang merupakan taruhan Barisan Nasional pada pilihan kali ini.Tidak ketinggalan juga calon bebas daripada Agkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) iaitu HANIFI MAMAT.....dEsAs-Desus yang menyatakan bahawa pilihanraya ini merupakan pintu utama untuk Anwar melangkah ke Putra Jaya adalah amat digeruni oleh semua jentera pilihan raya Umno....Maka siapakah yang akan mengambil alih Kerusi P 44 ini di dalam Dewan Rakyat selepas Dato Seri Wan Azizah mengundur diri untuk memberi peluang kepada kerjaya suaminya selepas terbantut selama 10 tahun (1998-2008)....Maka,8 malam ini akan kita ketahui siapa yang akan mengambil kerusi berkenaan.....

MeRdEka AtAu RaMadHaN???????



Merdeka!!!!!Merdeka!!!

Laungan itu cukup menggamit kita seribu satu memori penderitaan yang telah kita tempuhi pada suatu masa dahulu......Seperti sedia kala tahun kita akan menyambut hari kebangsaan pada 31 Ogos 2008....Namun,semangat untuk menyambut hari tersebut melebihi daipaa semangat untuk kita menyerikan bulan Ramadhan Al-mubarak pada 1 September....ini..Manakah jalan yang sebenarnya keutamaan kita untuk menyambutnya?Antara Ramadhan ataupun Kemerdekaan????????/Renungkanlah.......

August 24, 2008

Terus melangkah ke hadapan dalam Pintu Gerbang I.t

Asssalamualaikum....dan salam sejahter
BerSyUkuR Ke hAdRaT iLlAhi KeRAnA MemAkBuLkAN hasrat dan impian saya untuk mereka dan membentuk sebuah blog saYA sENDIRI aKhIrNyA TerCaPaI...dI sInI,saYa iNgIn MeNgUcApKaN bEbAnYaK TeRiMa kAsIh kEpAdA sEsIaPa yNG bNyK mEmBerikN tUnJuK aJaR kEpAdA SyA sEcArA lAnGsUnG aTaUpUn TiDak....


SekIaN tErImA kAsih....